Penantian satu penyeksaan, namun
apabila ia hadir, muncul suatu perasaan yang amat mendebarkan dan cukup
menggerunkan. Natijah… dalam
kesibukkan kita di musim imtihan ini,
kadangkala kita tak tentu arah jadinya tak senang duduk dan tidur tak lena bila
mengenangkannya. Menggeletar kepala lutut, kecur perut bila bercerita tentang natijah. Sekarang ia menjadi satu berita
hangat. Sehangat ‘pisang goreng panas’
ke sana, ke sini semuanya cerita natijah.
Antara dua, “gagal” atau “berjaya”. Semua orang mahukan kejayaan dan tiada
seorang pun yang inginkan kegagalan, namun demikian kegagalan atau kejayaan itu
semuanya adalah anugerah dari Illahi..
Alhamdulillah, tahniah kepada
sahabat-sahabat yang najah dan ana
ingatkan agar antunna bersyukur,
lebih-lebih lagi yang dapat imtiaz ke jayyid banyakkan bersyukur atas nikmat
yang Allah kurniakan. Jagalah hati dan perasaan antunna dari perasaan riya’
dan berlagak. Manakala yang tidak najah
pula, ini adalah satu ujian yang patut kita muhasabah. Jangan kita menyalahkan
diri kita mengapa kita tidak najah
walaupun pelbagai usaha yang kita lakukan dari sebelum bermula imtihan sehinggalah habis imtihan, dengan erti kata lain ada yang
tak tidur malam, puasa setiap hari isnin dan khamis, solat hajat tak pernah
lepas, pendek kata semua amalan kita jaga dengan bersungguh-sungguh ketika imtihan ini dan macam-macam usaha lagi.
Namun, sebagai seorang hamba Allah, kita tidak tahu ketentuan yang Allah
takdirkan untuk kita. Muhasabah semula mengapa Allah tidak mengkabulkan doa
kita. Kita tidak tahu seribu hikmah di sebalik tabir musibah.
Lumrah kehidupan manusia tidak
semuanya indah. Namun, apabila kita melihat realiti sebenar kehidupan kita
hidup di dalam dunia ini sebenarnya hanya sementara. Sepanjang perjalanan kita
penuh dengan ujian dan sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menemui
kejayaan yang sebenar, pasti kita akan berusaha melipat gandakan amalan dan
menjaga setiap gerak langkah agar tidak terjerumus dalam pujukkan syaitan
laknatullah yang sentiasa berusaha menghasut hati cucu cicit Nabi Adam A.S agar
bersama-sama dengannya ke dalam neraka, nauzubillahi min zalik. Maka, jika kita
takut gagal dalam imtihan dan takut mudah berputus harap dengan ketentuan
Allah, ingatlah, kita masih diberi peluang berusaha lagi. ‘Gagal sekali bukan
bererti gagal selama-lamanya’. Namun pernahkah kita takut apabila kita di
padang Mahsyar nanti kita menanti keputsan dari Allah sejauh mana kesungguhan
kita di dunia dengan apa yang kita lakukan? Adakah amalan kebaikan yang kita
lakukan itu lebih banyak atau amalan yang buruk itu lebih banyak. Sama-sama
kita fikirkan…
wallahu'alam..