selepas sekian lama kami tinggal di bawah satu teratak yang semakin tua umurnya.dari pertama kali kami mengenal siapa ibunda,kami dicurahkan kasih sayang dan ilmu yang tidak pernah kami bayangkan.betapa ibunda mahu melihat kami semua sebagai anak-anaknya mempersiapkan diri untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.selama itu juga,anak-anakmu yang lain hanyut dengan fatamorgana yang terbentang luas di depan mata.namun,ibunda tidak pernah lupa.ibunda masih ada anak-anak yang lain.dengan takdir yang Allah tetapkan untuk anak-anak ibunda,sebahagian anak-anakmu kini terpilih untuk meneruskan harapanmu yang setinggi langit.
ibunda seolah-olah redha.melihat seorang demi seorang anakmu pergi meninggalkanmu.harapanmu hanya satu,mahu anak-anakmu ini kembali mengubah anak-anakmu yang semakin jauh mengkhianatimu.
jauh dari ibunda.kami bagaikan hilang arah.saat itu,ayahanda menggapai tangan kami.ayahanda memberikan perlindungan untuk kami.ayahanda juga seperti ibunda.tetapi ayahanda lebih memberikan perhatian kepada kami,mungkin kerana tidak mahu kami mengkhianatinya sepertimana anak-anak ibunda mengkhianati ibunda.kami faham isi hati ayah.
namun,langit yang kami junjung tidak selalunya cerah.sebahagian anak-anakmu yang lain semakin menjauh dari ayahanda.masing-masing sudah pandai berdiri di atas kaki sendiri.kononnya mampu hidup tanpa ayahanda.ayahanda tetap tersenyum walaupun luka yang ditoreh hampir seabad lamanya hanya tinggal parut semata.sedikit pun ayahanda tidak membantah.dengan secebis nasihat ayahanda,mereka meninggalkan kami yang setia bersama ayahanda di sini.
anak-anak orang lain turut mempertikaikan,bagaimana mereka sanggup mengkhianati ayahanda mereka sedangkan mereka dijaga,ditatang bagai minyak yang penuh.bagaikan tiada cacat cela dalam didikan ayahanda.namun siapa yang mampu memberikan jawapannya.anak-anak tetap akan pergi.yang setia pula terus ayahanda jaga tanpa membiarkan kami terbiar begitu sahaja.ayahanda redha sehinggakan ayahanda pernah menyuarakan walaupun Allah ambil seorang dari anak-anak ayahanda,ayahanda masih ada anak-anak ayahanda yang lain.Allah Maha Adil.
apakah dosa seorang ayah yang meneruskan hidupnya untuk melindungi dan menjaga anak-anaknya?apakah ini balasan kita pada ayah?apa yang perlu kita katakan kepada ibunda kelak?sedangkan kita adalah harapannya?
masa kian berlalu,ibunda semakin dikhianati.tubuh ibunda diinjak-injak tanpa belas kasihan.mengapa kita masih berdiam?kita anak-anak ibunda bukan?ayahanda semakin disakiti.mengapa ayahanda berdiam?kerana ingin menjaga hati anak-anaknya.namun apa yang kita balas untuk mereka?
usia mereka semakin meningkat.usia mereka semakin senja.apakah kita mahu mereka binasa barulah kita berusaha mempertahankan mereka?saat itu siapalah kita untuk mempertahankan ibunda,siapalah kita mahu menjaga ayahanda?saat dan waktu itu di mana status kita sebagai anak-anak?
jangan hanya kerana pengaruh anak-anak orang lain,kita derhaka kepada ibunda kita sendiri.jangan hanya kerana kita sudah dewasa kita tidak perlu lagi pelindungan mereka.kita amat memerlukan dia yang digelar ibunda,dan kita masih memerlukan dia yang bergelar ayah.
wallahu ta'ala 'alam..