My Playlist

Isnin, 20 Jun 2011

Muqaddimah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu, Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga, sahabat baginda, para tabi’ dan tabi’in serta seluruh ummat islam di muka bumi ini.

            Bersujud aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hamba-Nya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang bersamaku. Terima kasih, Tuhan.
            Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan aku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa, satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan seorang insan sehina aku di dunia ini. Kerana redha kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih ibu, terima kasih ayah.
            Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi aku saban waktu, bonda, along, angah, alang, achik dan ucu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada aku. Lantas aku menjadi berani untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini aku sendiri belum biasa menikmati hasil mindaku sendiri.
            Buat kau insan yang mendiami takhta hatiku sejak sekian lama, abang terima kasih atas rasa memahami dan perhatian dan kasih yang kau curahkan. Hadirnya kau setiap kali diri ini dirundung pilu dan buntu, acap kali menyuntik kembali semangat yang sering hilang diragut sengsara kehidupan. Terima kasih, abang.
            Mudah-mudahan setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh di sisi-Nya. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan