Di dalam sebuah hutan yang dipenuhi
dengan pokok rendang dan rumput, terdapat seekor singa dan tiga ekor lembu
jantan; lembu putih, hitam dan merah.
Singa memerhatikan persekitaran untuk membaham ketiga-tiga lembu tersebut
tetapi tiada peluang, kerana apabila bersama-sama singa tidak mampu melawan
ketiga-tiga lembu tersebut. Mebunuh semuanya dengan menyerang salah satu
daripadanya.
Singa berusaha memikirkan helah,
lantas singa berkata kepada lembu merah dan hitam; “warna aku
seperti warna kamu berdua, tetapi, warna lembu putih sangat jelas, pemburu akan
nampak dari jauh dan mereka akan mengetahui tempat kita.” Dan terlintas di
fikiran mereka semua; “pada pendapat kami, kami akan
tinggalkannya untuk kamu makan agar kita aman di sini.” Lembu putih
yang ditinggalkan sendirian pun dimakan oleh singa.
Dan selepas beberapa tempoh, singa
berkata kepada lembu merah; “warna aku seperti warna kamu, tetapi, warna
lembu hitam berlawanan, dan ia akan mengancam kita, dan pada pendapat aku biarlah aku makan saja lembu hitam.” Kata
singa merah; “Makanlah.” Dan lembu hitam pun dimakan oleh singa seperti
lembu putih.
Kemudian, singa berkata kepada
lembu merah; “Sekarang, tak mustahil aku akan makan kau.” Binasalah lembu
merah kerana dia berpaling mengkhianati kawannya. Sangkaanny dirinya terkecuali dari menghadapi singa. Dia
teringat hari-hari yang dia bersama-sama melindungi dan mempertahankan
kawannya.
Maka wujudlah ungkapan yang
terkenal dalam bahasa arab;
“sesungguhnya aku telah makan kau
pada hari aku makan lembu putih.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan